Gelombang kedua pengganas : Di Tambunan pula

Perkembangan isu-isu semasa dan politik dalam dan luar negara
Mod Crew
User avatar
Posts: 6908
Joined: 10 Oct 2011 12:43

Gelombang kedua pengganas : Di Tambunan pula

Postby Hassan Kadri » 18 Feb 2013 11:42

Pencerobohan di Lahad Datu




Gambar Pencerobohan Lelaki Bersenjata Di Lahad Datu Sabah

Satu kumpulan yang mendakwa mahu mengembalikan semula tuntutan Filipina ke atas Sabah dipercayai menjadi dalang di sebalik pencerobohan kira-kira 100 warga asing bersenjata ke Lahad Datu, Sabah, seorang pegawai Moro dipetik sebagai berkata.

“Laporan belum disahkan dari sumber-sumber kami berkata bahawa satu kumpulan yang menggelar diri mereka Tentera Diraja Kesultanan Sulu adalah di sebalik kehadiran kumpulan bersenjata yang tidak dibenarkan itu,” kata satu sumber yang enggan mendedahkan identiti kepada akhbar Gulf News.

Menurut laporan, kumpulan lelaki bersenjata terbabit yang menaiki beberapa bot kecil telah mendarat di Lahad Datu, Selasa lalu dan kini sedang berdepan secara ketenteraan dengan pasukan keselamatan negara

Laporan mengatakan bahawa kesemua lelaki berkenaan adalah warga Filipina, namun ia belum dapat disahkan secara rasmi.

Sumber berkenaan yang ditanya jika beliau pernah mendengar nama pasukan tentera seperti itu sebelum ini sebaliknya berkata, matlamat kumpulan itu adalah untuk menjadikan Sabah sebahagian daripada Kesultanan Sulu.

Kesultanan berkenaan pernah wujud sebagai sebuah kerajaan yang kuat dengan pengaruh menjangkau dari Borneo, Selatan Filipina ke bahagian Visayas. Semasa kemuncak kuasanya dalam tahun-tahun 1700, Kesultanan berkenaan berkuasa ke atas wilayah kini dikenali sebagai Mindanao dan timur Malaysia.

Sementara itu, Jabatan Hal Ehwal Luar di Manila berkata, mereka masih tidak dapat mengesahkan jika 100 lelaki yang kini di Malaysia memang rakyat Filipina.

Menurut jurucakap hal ehwal luar, Raul Hernandez, Filipina menjalankan siasatan sendiri dalam kejadian itu.

“Pasukan keselamatan kami dan pegawai pertahanan sedang berhubung dengan rakan-rakan mereka di Malaysia dalam hal ini,” Hernandez berkata.

Terdahulu, terdapat juga laporan bahawa kumpulan lelaki bersenjata berkenaan adalah ahli kumpulan Abu Sayyaf yang berpusat di Sulu.

Kumpulan Abu Sayyaf kini melarikan diri dari operasi yang digerakan oleh Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro dalam wilayah selatan Filipina.

Abu Sayyaf menahan beberapa tebusan termasuk warga Jordan, Baker Atyani yang merupakan Ketua Biro Asia Tenggara Stesen Televisyen Al Arabiya yang berpangkalan di Dubai serta dua peminat burung warga Eropah dan dua orang warga Filipina.

Sementara itu, laporan Bernama dari Papar, Sabah menyebut, Kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik, termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan sekumpulan warga Filipina di perairan negara di Lahad Datu.

Sambil menegaskan keadaan di Lahad Datu, bahagian pantai timur Sabah terkawal, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan itu penting bagi memastikan kumpulan yang berjumlah antara 80 dan 100 anggota itu “keluar dengan selamat ke Selatan Filipina”, sekali gus mengelak pertumpahan darah.

“Ini yang kita nak kerana mereka ada juga saudara mara di sini…jadi kita tidak mahu ada nyawa yang terkorban dan sebab itu kita minta mereka balik dengan cara yang baik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bersama Rakyat di Padang Pekan Papar di sini hari ini.

Najib berkata demikian ketika ditanya perkembangan terkini di Lahad Datu berikutan laporan yang memetik Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai berkata, pasukan keselamatan menahan sekumpulan warga asing menyamar sebagai anggota tentera cuba menceroboh perairan negara di Lahad Datu.

Ahmad Zahid berkata beliau mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bekerjasama dengan polis mengambil tindakan segera berhubung perkara itu.

Dalam menghadapi situasi genting itu, Najib, yang dimaklumkan tentang kejadian itu oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar semalam dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib pagi ini, berkata: “anggota polis kini bertindak atau merupakan bulatan pertama mengepung kawasan tersebut dan bulatan kedua terdiri daripada pasukan anggota tentera.

“Dari segi kekuatan, kuasa tempur kita adalah lebih dari cukup untuk memberkas mereka, tetapi kerajaan memilih jalan untuk buat perundingan dengan mereka supaya mereka keluar dengan aman balik ke Selatan Filipina,” katanya.

Ditanya sama ada pihak berkuasa keselamatan Malaysia sudah mengenal pasti kumpulan itu, Najib berkata: “Lebih kurang kita sudah kenal pasti “.

“Tapi biarlah polis melakukan rundingan dengan mereka dan mudah-mudahan mencapai hasil dan kejayaan. Sebab mereka tak boleh ke mana, mereka dikepung…mereka tidak ada pilihan dan perlu cari jalan penyelesaian,” katanya.

Apabila ditanya sama ada kumpulan itu bersenjata atau sebaliknya, Perdana Menteri berkata perkara itu dalam makluman polis dan “jangan buat spekulasi”.

“Kita bukan mendedahkan maklumat dalaman…biar polis jalankan kerja mereka tanpa diganggu mana-mana pihak. Apa yang penting keberhasilan yang selesai tanpa pertumpahan darah,” katanya.

Mengenai tahap keselamatan dan kawalan di perairan negara terutama pantai timur Sabah, Najib berkata perairan Malaysia amat luas tetapi apa yang penting ialah “kita dapat maklumat cepat”.

“Kita mengepung mereka, bila dapat mengepung mereka, mereka tidak boleh ke mana. Kita mesti sedar lautan kita luas dan kita tidak boleh berada di setiap masa sentiasa 24 jam,” katanya sambil menambah pihak berkuasa kerajaan Malaysia sudah memaklumkan kejadian itu kepada kerajaan Filipina.– BERNAMA

Mod Crew
User avatar
Posts: 6908
Joined: 10 Oct 2011 12:43

Re: Pencerobohan di Lahad Datu

Postby Hassan Kadri » 18 Feb 2013 11:44






Mod Crew
User avatar
Posts: 6908
Joined: 10 Oct 2011 12:43

Re: Pencerobohan di Lahad Datu

Postby Hassan Kadri » 18 Feb 2013 11:50



Askar berkumpulan 100 ini meminta 2 tuntutan

Mereka telah tiba 5 hari lepas, kemudian barulah berita ini tersebar, tidak susah untuk mereka masuk ke Lahad Datu dengan mendarat di Tambisan, dan membuat tempat perlindungan di Tandurou di Felda Sahabat, Lahad Datu, dengan berpakaian celoreng tentera membawa senjata senjata mereka, ada kah mereka hanya membawa hanya senjata ringan atau membawa bersama senjata berat , ada mengatakan mereka tidak puas hati dengan janji atas pemberian tanah, ada mengatakan tidak puas hati dengan perjanjian damai yang di tanda tangini hujung tahun lepas kerana menyisihkan Sultan Sulu ( Sulu Sultanate 1), dan berita terakhir 1 jam lepas mengatakan kumpulan ini dari keturunan Raja Sulu (kemungkinan untuk menuntut sistem beraja di selatan Filipina.) apa sebenarnya kehendak mereka masih rahsia daripada kerajaan Malaysia, yang masih belum dikeluarkan kenyataan penuh.

Pejuang Sulu bersenjata mendarat di Lahat Datu menuntut 2 perkara
terkini: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan kumpulan penceroboh di Lahad Datu adalah daripada keturunan Sultan Sulu (pejuang Sulu) dari Selatan Filipina.

Beliau berkata, menerusi rundingan dengan polis, kumpulan terbabit meminta dua tuntutan iaitu

1-Tuntutan mereka ialah meminta diiktiraf sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu

2-Tuntutan supaya rakyat Sabah berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal


Raja Sulu , menuntut di beri Haq


KUALA LUMPUR | (Reuters) – Pasukan keselamatan Malaysia telah mengepong kira-kira 100 lelaki bersenjata yang dipercayai dari puak pemberontak pemisahan di selatan Filipina, polis Malaysia dan pegawai kerajaan berkata pada hari Khamis, tetapi seorang pegawai Filipina berkata mereka yang bersenjata itu telah dijanjikan pemberian tanah.

Kebuntuan di Malaysia timur Sabah diancam untuk di bangkitkan ketegangan antara jiran Asia Tenggara ini yang ikatan telah berkala genting oleh keselamatan dan penghijrahan masalah disebabkan oleh sempadan laut berliang.

Polis Malaysia berkata dalam satu kenyataan bahawa keadaan adalah “di bawah kawalan”, tetapi tidak mengatakan sama ada lelaki telah bersetuju dengan permintaan untuk menyerah diri atau pulang sahaja ke nwgara asal mereka.



Kesultanan Sulu memang ujud tetapi mereka disisihkan, termasuklah di abaikan dalam perjanjian terbaru baru baru ini. antara MNLF dan Kerajaan Filipina

“Kita berhadapan dengan 100 warga asing bersenjata dari selatan Filipina. Tentera dan polis telah telah mengepung tempat di mana warga asing itu membuat base mereka” kata seorang sumber yang berpangkat tinggi kerajaan Malaysia dengan pengetahuan langsung keadaan kepada Reuters.

Beliau berkata lelaki bersenjata disyaki dari puak yang tidak berpuas hati dengan perjanjian damai baru-baru ini di Filipina dengan kumpulan pemberontak utama Islam di selatan pulau Mindanao.

Beliau berkata mesyuarat atas tuntutan tanah telah menarik perhatian pihak berkuasa Malaysia.

“Kita tahu bahawa kumpulan ini tiba di sana lima hari lalu dan kebanyakan mereka adalah dari pulau-pulau yang berhampiran,” kata pegawai, yang meminta untuk tidak dikenalpasti, katanya.

“Sesetengah daripada mereka sudah menjadi penduduk di Sabah untuk jangka masa yang panjang dan mereka biasanya mudah menyeberangi sempadan tanpa sebarang masalah.”

Bilangan pendatang haram Islam dari selatan Filipina yang miskin telah meningkat dalam beberapa dekad kebelakangan ini, mengacau ketegangan sosial dengan penduduk asli Kristian di Sabah.

Kerajaan Filipina telah menandatangani perjanjian damai mercu tanda dengan pemberontak Islam lewat tahun lepas untuk menamatkan konflik 40 tahun di selatan, tetapi sesetengah puak menyuarakan bangkangan terhadap perjanjian damai tersebut.

“Sejak Malaysia menaja perjanjian itu, pengikut dari Kumpulan Misuari telah memutuskan untuk membangkitkan beberapa masalah dan mewujudkan bunga api di Sabah,” pegawai kanan Malaysia berkata, merujuk kepada puak dalam kumpulan pemberontak MNLF.

legend
User avatar
Posts: 5718
Joined: 11 Oct 2011 12:04

Re: Pencerobohan di Lahad Datu

Postby ep_kucingsiam » 18 Feb 2013 11:51

ramainya! takut!
<~Sekali hati terluka mengalirnya hingga ke larut senja~>


Image

legend
User avatar
Posts: 15609
Joined: 10 Oct 2011 09:37
Location: zimbabwe

Re: Pencerobohan di Lahad Datu

Postby pia » 18 Feb 2013 11:57

orang sulu?
Kunci syurga adalah sabar. Kunci kemuliaan adalah merendah hati. Dan kunci kebaikan (kehormatan) adalah taqwa...
http://zikreinz.blogspot.com

Mod Crew
User avatar
Posts: 6908
Joined: 10 Oct 2011 12:43

Re: Pencerobohan di Lahad Datu

Postby Hassan Kadri » 18 Feb 2013 12:14

Melayu Sulu

chairman
User avatar
Posts: 4768
Joined: 12 Oct 2011 08:03

Re: Pencerobohan di Lahad Datu

Postby sweetbee » 19 Feb 2013 08:24

ade rakyat malaysia dok situ tak..mean..ade kampung ke?tak terancam ke dorg tuh..le area situ mmg kosong..hutan?
http://mystrawberi.blogspot.com/

Mod Crew
User avatar
Posts: 6908
Joined: 10 Oct 2011 12:43

Re: Pencerobohan di Lahad Datu

Postby Hassan Kadri » 19 Feb 2013 08:43

Memang ada penduduk Malaysia. Itu kawasan Felda.

Mod Crew
User avatar
Posts: 6908
Joined: 10 Oct 2011 12:43

Re: Pencerobohan di Lahad Datu

Postby Hassan Kadri » 19 Feb 2013 08:46

Sultan Sulu terakhir yang "diiktiraf" kerajaan Filina berakhir pada tahun 95 kalau tak silap. Selepas itu ramai yang mendakwa merekalah waris penggantinya.

Ada juga antaranya rakyat Sabah ...




legend
User avatar
Posts: 15609
Joined: 10 Oct 2011 09:37
Location: zimbabwe

Re: Pencerobohan di Lahad Datu

Postby pia » 22 Feb 2013 15:00

dari FB

1 Suara Sabah
Kaum Dayak Ancam Potong Kepala Penceroboh Askar DiRaja Sulu

" Dayak Sarawak , Dayak Sabah 'pengait' adalah leluhur kami , kami tidak akan membisu sekiranya Lahad Datu diceroboh"

p/s:Ada cerita di blog-blog mengatakan HeadHunter Sarawak sedia membantu Pengait Sabahan..Entah betul atau tidak. Sama-samalah kita nantikan..


Image

dorang kata, kerajaan dah byk bagi dorang ni IC.. walahualam...
Kunci syurga adalah sabar. Kunci kemuliaan adalah merendah hati. Dan kunci kebaikan (kehormatan) adalah taqwa...
http://zikreinz.blogspot.com

legend
User avatar
Posts: 15609
Joined: 10 Oct 2011 09:37
Location: zimbabwe

Re: Pencerobohan di Lahad Datu

Postby pia » 22 Feb 2013 15:02

Media melaporkan pihak polis, tentera dan pasukan keselamatan maritim sedang menunggu untuk mengusir lebih 100 lelaki (Kini Mencecah lebih kurang 500 anggota penceroboh) bersenjata yang mendakwa merupakan Tentera Kesultanan Sulu yang berada di Kampung Tanduao di Felda Sahabat 17.

Menurut media Filipina, kumpulan itu diketuai oleh Putera Mahkota Rajah Mudah Agbimuddin Kira abang, Sultan Jamalul Kiram III. Kumpulan lelaki bersenjata telah memberitahu media bahawa mereka akan kekal di pantai timur Sabah, kerana mendakwa ia adalah rumah nenek moyang mereka. Pemimpin Rajah Muda juga telah dilaporkan berkata kumpulan itu akan terus berada di situ dan tidak mempunyai niat untuk meninggalkannya sehingga tuntutan dipenuhi.

Tindakan kumpulan ini dijangka akan berlarutan sehingga tuntutan mereka dipenuhi namun pihak pasukan keselamatan telah bersedia untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi mendesak kumpulan ini meninggalkan perairan Sabah dalam keadaan aman. Pendekatan psikologi juga telah dilaksanakan oleh PDRM terhadap kumpulan tersebut dengan mengepung kedudukan mereka dengan lebih dekat serta menyekat bekalan makanan mereka.

Kunci syurga adalah sabar. Kunci kemuliaan adalah merendah hati. Dan kunci kebaikan (kehormatan) adalah taqwa...
http://zikreinz.blogspot.com

legend
User avatar
Posts: 15609
Joined: 10 Oct 2011 09:37
Location: zimbabwe

Re: Pencerobohan di Lahad Datu

Postby pia » 22 Feb 2013 15:03

p/s: RATA-RATA Penduduk di KG TONDUO LAHAD DATU ADALAH KETURUNAN SULU MENYOKONG KESULTANAN SULU menuntut Sabah.TAPI Masih Lagi Mahu Menjadi wargaNegara Malaysia,Terima Kasihlah kerana memberi IC kepada mereka. Adakah kemungkinan "mereka" akan menjadi askar(Mata-mata) penceroboh ini dalam diam ?

Pencerobohan Lahad Datu, apa kata penduduk...
Friday, February 22, 2013

Sejurus selepas berita mengenai pencerobohan orang asing yang bersenjata di kawasan Pantai Tanduo berdekatan Felda Sahabat 17 tersebar, suasana di bandar Lahad Datu bertukar menjadi sibuk dengan aktiviti-aktiviti pihak berkuasa.

Menurut sumber dari penduduk Lahad Datu, ekoran daripada kejadian itu, banyak trak-trak tentera kelihatan bergerak ke arah Jalan Silabukan menuju ke lokasi kejadian.

Di samping itu, tentera bersenjata turut dilihat berjalan kaki membuat rondaan bandar. Rondaan helikopter polis juga dilihat dibuat berterusan. Pemeriksaan polis turut dilakukan di beberapa kawasan bandar terutamanya Jalan Silabukan.

Manakala sekolah-sekolah di sepanjang jalan tersebut yang meliputi Bakapit, Tungku, Felda dan lain-lain turut ditutup. Askar tambahan juga telah ditempatkan di Felda.

Berdasarkan maklum balas yang diterima dari penduduk sekitar bandar Lahad Datu menunjukkan reaksi yang berbeza. Ada yang merasa suasana tegang dan ada juga yang tidak terasa sedemikian.

Prichard Jimmy menggambarkan, walaupun kehadiran ramai tentera membuat rondaan, tetapi keadaan adalah seperti biasa dengan banyak kedai masih dibuka.

"Keadaan di sini masih seperti biasa. Masih banyak kedai dibuka. Tapi ada juga yang tutup. Penduduk tidak berapa panik sebab mereka tahu pemeriksaan jalan raya oleh pihak berkuasa sedang dijalankan dengan ketat.

"Banyak helikopter yang terbang ulang-alik ke Tungku. Tapi saya takut jalan malam sebab takut diculik," katanya.

Menurutnya lagi, ramai yang mengelak untuk pergi ke Jalan Silabukan melainkan mereka yang tinggal di kawasan sepanjang jalan tersebut.

Seorang lagi penduduk, Nihal Singh mengesahkan apa yang dikatakan oleh Prichard mengenai banyak kedai yang ditutup.

Selain itu, ramai penduduk khususnya kaum Cina juga telah meninggalkan bandar Lahad Datu, kata Nihal lagi.

"Ramai orang Cina dari Semenanjung sudah keluar dari bandar ini. Mungkin ada yang pergi ke bandar lain dan mungkin ada juga yang balik ke Semenanjung.

"Selain ini, ada juga yang enggan menghantar anak-anak mereka ke tadika, termasuk saya," katanya.

Sementara itu, seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Siti pula berkata, dia ada terserempak dengan tujuh trak askar yang diiringi oleh dua penunggang motorsikal.

Trak-trak itu kelihatan kosong, akui Siti cemas yang ketika itu sedang dalam perjalanan ke Semporna.

Manakala bagi Anthony Teo pula, dia juga ada terserempak dengan banyak kenderaan tentera yang dilihat bergerak ke arah kawasan Felda Sahabat dan juga merasakan keadaan yang tegang.

Berlainan pula dengan keadaannya di sekitar kawasan Felda Sahabat.

Walaupun urusan harian berjalan seperti biasa, tetapi keadaan menjadi sunyi semenjak kejadian tersebut.

Seorang pekerja sebuah institusi kewangan di sana mengatakan, situasinya adalah menakutkan dan beliau keberatan untuk turun kerja dengan keadaan tersebut.

Malah, beliau risau kerana lokasi kejadian hanya kira-kira 16km dari tempat beliau bekerja.

Kenyataan-kenyataan rasmi yang dikeluarkan tidak menggambarkan perkara sebenar, katanya yang enggan namanya disiarkan.

Seorang lagi penduduk kampung yang tinggal di sepanjang Jalan Silabukan pula berkata, sudah banyak trak tentera lalu di kawasan mereka.

"Helikopter juga tidak henti-henti membuat rondaan manakala jalanraya menjadi lengang. Suasana sini tegang dan menakutkan," katanya yang juga enggan namanya disiarkan.

Antara khabar angin yang tersebar di kalangan segelintir penduduk Lahad Datu adalah, orang-orang asing yang menceroboh tersebut adalah askar-askar veteran Abu Sayaff yang telah berusia. -MK
Kunci syurga adalah sabar. Kunci kemuliaan adalah merendah hati. Dan kunci kebaikan (kehormatan) adalah taqwa...
http://zikreinz.blogspot.com

legend
User avatar
Posts: 15609
Joined: 10 Oct 2011 09:37
Location: zimbabwe

Re: Pencerobohan di Lahad Datu

Postby pia » 22 Feb 2013 15:11

Sabah sebelum Merdeka
Kunci syurga adalah sabar. Kunci kemuliaan adalah merendah hati. Dan kunci kebaikan (kehormatan) adalah taqwa...
http://zikreinz.blogspot.com

legend
User avatar
Posts: 5718
Joined: 11 Oct 2011 12:04

Re: Pencerobohan di Lahad Datu

Postby ep_kucingsiam » 22 Feb 2013 15:11

seram plak tgk situasi ni.

bagus la kaum dayak tu takut2kan dorang! hehehe :D
<~Sekali hati terluka mengalirnya hingga ke larut senja~>


Image

Mod Crew
User avatar
Posts: 6908
Joined: 10 Oct 2011 12:43

Re: Pencerobohan di Lahad Datu

Postby Hassan Kadri » 22 Feb 2013 15:25

Hehe dorang takut ke dengan kaum dayak tu ? Dorang ni dah biasa bertempur...

legend
User avatar
Posts: 15609
Joined: 10 Oct 2011 09:37
Location: zimbabwe

Re: Pencerobohan di Lahad Datu

Postby pia » 22 Feb 2013 15:26

ada kata geng abu sayyaf yang dah tua :D
Kunci syurga adalah sabar. Kunci kemuliaan adalah merendah hati. Dan kunci kebaikan (kehormatan) adalah taqwa...
http://zikreinz.blogspot.com

legend
User avatar
Posts: 5718
Joined: 11 Oct 2011 12:04

Re: Pencerobohan di Lahad Datu

Postby ep_kucingsiam » 22 Feb 2013 15:44

Hassan Kadri wrote:Hehe dorang takut ke dengan kaum dayak tu ? Dorang ni dah biasa bertempur...


xpe aar. at least kita pn ada jugak puak yg berani mcm ni. nk tunggu yg official mcm polis ke apa lambat la kan!
<~Sekali hati terluka mengalirnya hingga ke larut senja~>


Image

director
User avatar
Posts: 2402
Joined: 11 Oct 2011 17:17

Re: Pencerobohan di Lahad Datu

Postby mirae » 22 Feb 2013 17:26

mcm ada agenda tersembunyi je..

Mod Crew
User avatar
Posts: 6908
Joined: 10 Oct 2011 12:43

Re: Pencerobohan di Lahad Datu

Postby Hassan Kadri » 26 Feb 2013 17:19

Masih berdegil tak mahu keluar ...

Mod Crew
User avatar
Posts: 6908
Joined: 10 Oct 2011 12:43

Re: Pencerobohan di Lahad Datu

Postby Hassan Kadri » 27 Feb 2013 07:20

Ceroboh Sabah: Presiden Manila beri Sultan Sulu amaran

MANILA - Presiden Filipina, Benigno Aquino hari ini memberi amaran kepada Sultan Sulu bahawa beliau akan berhadapan dengan tindakan undang-undang yang "amat tegas" jika tidak menamatkan insiden menceroboh wilayah Sabah, yang berlarutan sejak awal bulan ini.

Sehubungan itu, Aquino telah meminta Sultan Jamalul Kiram III agar menarik keluar 180 pengikutnya termasuk 30 yang bersenjata dari Lahad Datu.

“Jika anda memilih untuk tidak bekerjasama, kuasa penuh berdasarkan undang-undang negara akan dikenakan bagi mencapai keadilan untuk semua,” kata Aquino dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi televisyen.

Dipetik laporan AFP, Presiden Filipina itu berkata, "keadaaan ini tidak boleh berlanjutan."

"Jika anda benar-benar seorang pemimpin kepada pengikut, anda sendiri perlu bekerjasama dengan kerajaan dan kembali ke negara ini secara aman,” kata beliau.

Selain itu, Aquino turut memberi amaran kepada Sultan Jamalul bahawa satu arahan telah dikeluarkan agar siasatan diadakan berhubung kemungkinan pencabulan undang-undang oleh beliau, pengikut dan pihak sekongkol dengannya dalam insiden menceroboh wilayah Malaysia.

Mod Crew
User avatar
Posts: 6908
Joined: 10 Oct 2011 12:43

Re: Pencerobohan di Lahad Datu

Postby Hassan Kadri » 27 Feb 2013 07:27



Sitti Krishna Idjirami (kiri), adik kepada Jamalul Kiram III (tengah), iaitu Sultan Sulu disamping Tengku Mahkota Bantillan Kiram (kanan) bercakap pada satu sidang akhbar di Manila pada 26 Feb 2013.

Mereka terus mengatakan enggan keluar ...

legend
User avatar
Posts: 15609
Joined: 10 Oct 2011 09:37
Location: zimbabwe

Re: Pencerobohan di Lahad Datu

Postby pia » 27 Feb 2013 11:58

laki i ckp semalam... abis laa berperang gak ni :D
kalau baca kat page satu suara sabah...
dorang pun tunggu je masa nak bebalas dgn orang2 sulu ni...

degil betul kan?
Kunci syurga adalah sabar. Kunci kemuliaan adalah merendah hati. Dan kunci kebaikan (kehormatan) adalah taqwa...
http://zikreinz.blogspot.com

clerk
Posts: 495
Joined: 26 Oct 2011 17:55

Re: Pencerobohan di Lahad Datu

Postby junichi » 27 Feb 2013 21:04

moga takd e kematian
Just knowing you exist changed the world for me.

Mod Crew
User avatar
Posts: 6908
Joined: 10 Oct 2011 12:43

Re: Pencerobohan di Lahad Datu

Postby Hassan Kadri » 28 Feb 2013 08:40

Filipina tolak desakan Sultan Sulu


Jamalul Kiram III mendengar sesuatu yang diperkatakan oleh pengikutnya di Taguig, selatan Manila baru-baru ini. - Foto ihsan philstar.com/Nation

MANILA - Kerajaan Filipina menolak bulat-bulat permintaan Sultan Sulu Jamalul Kiram III agar Malacanang mengadakan perbincangan dengan Malaysia dan mengiktiraf tuntutan pihaknya ke atas Sabah.

Sebaliknya Manila mahu pengikut Sultan Sulu dipanggil balik dari Lahad Datu, yang diceroboh 12 Februari lalu.

Edwin Lacierda, jurucakap Presiden Filipina berkata, kerajaan negara itu tidak akan mengadakan perundingan berkenaan isu Sabah kecuali Sultan Sulu membawa balik kumpulan penceroboh terbabit dari wilayah Malaysia.

"Jangan mengharapkan kami datang dan bercakap dengan anda. Ia seolah-olah mendesak kami.

"Ia tidak boleh diterima. 'Bumalik kayo rito" [balik ke tanah air] dan kami akan berbincang dengan anda," kata beliau dipetik portal Manila Times semalam.

Katanya: "Bekerjasamalah dengan kami. Kami akan bercakap dengan anda."

Beliau seterusnya berkata, "jangan menghala senjata di kepala saya dan berunding. Ia bukan cara mengadakan perundingan."

Lacierda juga berkata, "anda mahu kami memahami tuntutan anda, anda perlu kerjasama. Presiden telah mengatakan bahawa 'balik dan kita akan bercakap."

Kelmarin, Presiden Benigno Aquino mengeluarkan amaran keras ke atas Jamalul Kiram dan pengikutnya bahawa mereka boleh didakwa telah melanggar peruntukan perlembagaan negara itu.

Aquino juga menggesa Jamalul Kiram mengarahkan adik dan pengikutnya meninggalkan Sabah supaya tindakan mereka tidak menjejaskan hubungan dua hala Malaysia-Filipina.

Semalam, Setiausaha Luar Filipina Albert del Rosario juga berkata, beliau sekali lagi meminta Malaysia melanjutkan masa, empat hari yang diminta hujung minggu lalu, bagi kumpulan penceroboh berkenaan meninggalkan Lahad Datu.

legend
User avatar
Posts: 15609
Joined: 10 Oct 2011 09:37
Location: zimbabwe

Re: Pencerobohan di Lahad Datu

Postby pia » 28 Feb 2013 14:01



PENCEROBOH ENGGAN BERUNDUR HARIS SARAN KERAJAAN MALAYSIA BAYAR PENCEROBOH BERSENJATA SEBANYAK RM200 Juta.

p/s: Kedaulatan Undang-undang telah tercemar.. Maruah Sabah bumi di bawah bayu sudah tiada lagi.. Perlukah Pihak berkuasa melanjutkan lagi rundingan ?
Kunci syurga adalah sabar. Kunci kemuliaan adalah merendah hati. Dan kunci kebaikan (kehormatan) adalah taqwa...
http://zikreinz.blogspot.com

Mod Crew
User avatar
Posts: 6908
Joined: 10 Oct 2011 12:43

Re: Pencerobohan di Lahad Datu

Postby Hassan Kadri » 28 Feb 2013 16:54

Penceroboh Lahad Datu sedia pertahankan diri

Kumpulan penceroboh Filipina di Lahad Datu berikrar untuk mempertahankan diri sekiranya pihak berkuasa negara ini mengusir mereka dengan kekerasan daripada kawasan perkampungan nelayan yang diduduki sejak awal bulan ini.
“Kami bersedia mempertahankan diri,” kata Azzimudie Kiram, abang kepada Jamalul Kiram yang mendakwa sultan Sulu.

Azzimudie mengetuai kumpulan bersenjata yang menduduki kawasan Kampung Tanduo, kira-kira 130km dari pekan Lahad Datu.

Azzimudie ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini menegaskan bahawa mereka tidak berniat untuk bertempur dengan pihak berkuasa Malaysia.

“Kami mahu hidup dengan aman di tanah kami sendiri tapi mereka mahu mengusir kami dengan kekerasan,” kata Azzimudi dengan tenang dalam perbualan telefon tersebut.

“Kami mahu bercakap dengan pihak berkuasa Malaysia dengan aman sebelum kembali ke tanah kami,” katanya yang menambah, rakyat Malaysia sejak sekian lama mendapat hasil yang banyak daripada pendapatan Sabah.

Azzimudie juga berkata, beliau menyerahkan soal rundingan dengan pihak berkuasa Malaysia untuk ditangani Jamalul di Manila.

Timbalan ketua polis negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar semalam berkata polis berhasrat untuk menamatkan pertentangan tersebut, yang berlarutan sejak 12 Februari.

executive
Posts: 841
Joined: 12 Oct 2011 00:38

Re: Pencerobohan di Lahad Datu

Postby fuhrer5 » 01 Mar 2013 11:05

Kalau Malaysia cukup stabil dari segi politik dalaman dan luar, serang saja mereka ni, macam Falkland War.

legend
User avatar
Posts: 5718
Joined: 11 Oct 2011 12:04

Re: Pencerobohan di Lahad Datu

Postby ep_kucingsiam » 01 Mar 2013 14:27

katanya skrg ni tgh istihar darurat sebab bnyk tembak menembak. iye?
<~Sekali hati terluka mengalirnya hingga ke larut senja~>


Image

legend
User avatar
Posts: 15609
Joined: 10 Oct 2011 09:37
Location: zimbabwe

Re: Pencerobohan di Lahad Datu

Postby pia » 01 Mar 2013 15:18

ni gambar kawan di sabah share....

dua askar terbaring dalam hilux tu.. katanya di tembak... walahualam...
Kunci syurga adalah sabar. Kunci kemuliaan adalah merendah hati. Dan kunci kebaikan (kehormatan) adalah taqwa...
http://zikreinz.blogspot.com

legend
User avatar
Posts: 15609
Joined: 10 Oct 2011 09:37
Location: zimbabwe

Re: Pencerobohan di Lahad Datu

Postby pia » 01 Mar 2013 15:34

dari FB

“AL-FATIHAH KEPADA G/17984 skuad 2/2006″ INSP ZULKIFLI MAMAT DAN SJN SABARUDIN DR UNIT 69 KOMANDO YG TELAH TERKORBAN SEMASA PERTEMPURAN DI LAHAD DATU HARI INI. G/17984 skuad 2/2006″

Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina - Bernama

cc: Krisis Lahad Datu- Al-Fatihah 2 Anggota Unit Komando 69 Meninggal Dunia
Kunci syurga adalah sabar. Kunci kemuliaan adalah merendah hati. Dan kunci kebaikan (kehormatan) adalah taqwa...
http://zikreinz.blogspot.com

Next

Return to Isu semasa/politik



Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest